June 22, 2015

Asam Pedas Madu Tiga - Kulai, Johor

Asam Pedas memang sinonim dengan orang Johor. Beza dengan Melaka I think Johor punya, pekat sikit kuah dia.
So while in Johor, teringin la nak try Asam Pedas..masa tu kat JPO. Google around, nearest to us was Asam Pedas Madu Tiga.
Hmm macam pernah dengar, famous gak kedai ni..orang Johor mesti tau citer..
Owner dia memang ada tiga isteri hence the name Madu Tiga..so kedai pun ada tiga..I think yang famous and pernah keluar TV yang kat Pekan Nanas tu. Tapi the one yg I pergi ni kat Kulaijaya.
Menu simple and clear cut, 

1. Asam pedas- pilih ikan apa yg suka, ada pari, jenahak-badan or ekor, and kembung. Harga varies ikut saiz. Nak bendi, tambah RM1 seikat. 
2. Sayur taugeh
3. Telur dadar

Sempoi..ikan tu kita pilih dulu dalam ice box, tgk mana yg berkenan nanti diorang ambik baru la dimasak..So gonna take quite sometime jugak la..especially kalau orang tgh ramai..Sabooo...






Ikan Pari (Ni anak ikan pari..my fav)



Jenahak - badan


Jenahak - ekor

Asam Pedas dia memang sedap, pekat and ikan fresh. Hubby siap menyudu lagi kuah dia ,that's how good it was..:)
In my opinion , patutnya diorang bagi ulam and sambal belacan sekali, kalau ada lagi kick..terangkat..





Nasi Putih with Papadom



Kelapa Pandan

Location: 
Asam Pedas Madu Tiga,
Jalan Alor Bukit,
Kulai, Johor
GPS: 1.664194, 103.573659

No comments:

Post a Comment